1. Migrasi dari luar bandar ke luar bandar
§ juga dikenal sebagai migrasi antara desa .
§ berlaku antara negeri ataupun dalam negeri dan semakin banyak berlaku di Malaysia.
§ digalakkan oleh rancangan pembangunan tanah kerajaan seperti UDA, KEJORA, dan KETENGAH.
§ kawasan luar Bandar ini dibuka untuk tujuan pertanian.
§ migran yang terlibat terdiri dari kawasan luar bandar yang kurang maju dan kadar pengangguran tinggi.
§ rancangan pembukaan tanah bertujuan membasmi kemiskinan dan untuk mengimbangkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.
§ FELDA - memajukan 262 000 hektar tanah pertanian di Pahang, Jengka Tiga Segi dan Pahang Tenggara dibuka tanah untuk ladang getah dan kelapa sawit .
§ FELDA membuka tanah di Johor Tenggara, Kelantan Selatan dan Terengganu dan menyediakan kemudahan kediaman dan infrastruktur .
2.Migrasi dari bandar ke bandar
§ juga dikenal sebagai migrasi antara Bandar.
§ berlaku dengan pesat antara tahun 1987 hingga 1990.
§ terdiri daripada tiga jenis migrasi, iaitu:
a)pertama, migrasi dari bandar kecil ke bandar yang sederhana besar seperti dari Mentakab ke Kuantan
b)Kedua, migrasi dari bandar yang sederhana besar ke bandar yang lebih besar seperti dari Kuantan ke Kuala Lumpur.
c)Ketiga, migrisi dari bandar besar ke bandar kecil seperti dari Kota Kinabalu ke Semporna.
§ migrasi bandar berlaku kerana terdapat perkembangan industri perkilangan, contoh dari George Town, Bukit Mertajam, dan Sungai Petani ke Seberang Prai.
§ pekerja ikhtisas, pekerja teknik, kerani, dan pekerja kilang yang menukar pekerjaan, peniaga dan pekedai berhijrah untuk mendapat lebih untung dan pelajar berhijrah melanjutkan pelajaran.
§ kesan-kesan migrasi bandar ke bandar menyebabkan pertambahan dan kepadatan penduduk di bandar-bandar yang menerima migran jumlah penduduk berkurang dan kepadatan Penduduk menurun di bandar-bandar asal dan infrastruktur dan perumahan di bandar yang menerima migran berkembang.
3.Migrasi dari bandar ke luar bandar
§ juga dikenal sebagai migrasi bandar-desa.
§ Di semenanjung Malaysia, sebanyak 130 778 orang penduduk yang berpindah dari bandar ke luar bandar dalam tahun 1988. Contohnya negeri Kedah (41.2%), Melaka (39.1%); Pulau Pinang (39.3%); Selangor (26.5%).
§ faktor-faktor menyebabkan migrasi jenis ini:
I.bersara di kampung halaman untuk bersama keluarga.
II.menukar pekerjaan disebabkan dipindahkan oleh majikan.
III.mengikut keluarga yang pindah ke luar Bandar.
IV.menikmati hidup yang lebih bersih, selesa, dan nyaman.
V.kesan-kesan migrasi dari bandar ke luar Bandar dapat mengurangkan kesesakan di bandar pertambahan penduduk di luar Bandar.