Thursday, October 25, 2007

DINAMIK PENDUDUK.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR KELAHIRAN KASAR DI MALAYSIA.
  • Keadaan ekonomi yang lebih baik dapat menambahkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup penduduk dan menambahkan saiz keluarga.
  • Keluarga yang mempunyai taraf hidup dan sosio ekonomi yang rendah mengalami kadar kelahiran yang lebih tinggi kerana kurang sedar akan amalan perancangan keluarga.
  • Pengaruh agama; semua agama misalnya agama Islam menggalakkan keluarga mempunyai anak yang banyak; pengajaran agama Katolik tidak membenarkan kaedah perancangan keluarga yang moden.
  • Keluarga taraf hidup tinggi lebih mengamalkan perancangan keluarga dan dengan ini mengurangkan saiz keluarga.
  • Malaysia mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan. Hal ini dapat mengurangkan kadar kematian terutamanya kalangan bayi dan orang tua.
  • Ibu yang pendapatan per kapita tinggi akan lebih menjaga kesihatan serta melahirkan bayi yang sihat dan dengan ini menambahkan kadar kelahiran.
  • Pencapaian dalam bidang pendidikan antara kaum perempuan menyebabkan lewat berkahwin dan tahap kesuburan wanita lebih tua adalah rendah serta mengurangkan kadar kelahiran (perempuan berpendidikan tinggi kini bekerja biasanya tidak mempunyai keluarga yang besar)
  • Tahap pendidikan yang tinggi meningkatkan amalan perancangan keluarga - mengurangkan saiz keluarga; menggemari saiz keluarga yang kecil - memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya.
  • Amalan perancangan keluarga telah merendahkan kadar kelahiran - 900 000 orang wanita di Malaysia mengamalkan perancangan keluarga pada tahun 1979.
  • Faktor sosiobudaya iaitu keluarga besar menambahkan rezeki hidup keluarga dengan menambahkan kadar kelahiran.
  • Kerajaan Malaysia menggatakkan pertumbuhan penduduk untuk memenuhi keperluan tenaga, pekerja dengan memberikan pengecualian cukai tanggungan cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah di klinik atau di hospital kerajaan.

Imigrasi (Masuk) ke Malaysia.

  • kumpulan imigran yang pertama - buruh kontrak dan buruh tanpa permit dari Indonesia, Thailand, dan Filipina [2m]; sesetengah imigran mempunyai permit bekerja sebagai pembantu rumah, sektor pembinaan dan pertanian; kebanyakan emigran Filipina -pembantu rumah; pendatang Filipina masuk melalui Sabah; emigran Thailand masuk melalui utara Seinenanjung Malaysia.
  • kumpulan yang kedua- pekerja ikhtisas dari Amerika Syarikat, Kanada, dan Great Britian; terlibat dalam bidang perubatan, pendidikan, dan pengurusan.
  • kumpulan yang ketiga - pelarian perang dari Indo-china dan Bosnia; sejak 1975, Malaysia menerima sebanygk 254 534 orang lndo-china; pelarian Vietnam - dipindahkan ke Australia, Kanada, dan Amerika Syarikat.
  • 85 407 orang imigran diberi taraf pemastautin - kumpulan pertama dan kedua serta wanita asing yang berkahwin dengan penduduk tempatan.
  • faedah yang diperoleh hasil daripada imigasi - imigran mahir dan separuh mahir mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam bidang pertanian dan pembinaan seperti pekerja ikhtisas memindahkan teknologi yang canggih kepada pekerja tempatan.

No comments: