Kejadian banjir merupakan malapetaka atau bencana alam yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat tanpa henti dalam masa beberapa hari. Pada tanggal 19 Disember 2006 yang lalu, satu banjir yang buruk telah melanda negeri Johor. Kejadian banjir tersebut berlarutan selama dua bulan iaitu sehingga bulan Januari. Di antara daerah yang paling teruk dilanda banjir di Johor adalah Kota Tinggi. Kota Tinggi telah ditenggelami air sebanyak tiga kaki pada bajir pertama iaitu pada 19 Disember 2006 dan banjir kedua pada 11 Januari 2007. Kejadian banjir ini adalah sejarah hitam bagi penduduknya kerana banyak kemusnahan harta benda, ternakan, dan pertanian turut musnah ditenggelami air. Banjir ini berlaku disebabkan oleh sistem perparitan yang sempit dan pembangunan yang tidak terancang dengan betul. Kejadian banjir ini juga berlaku disebabkan oleh kegiatan manusia yang mementingkan keuntungngan semata-mata tanpa memikirkan bahana yang akan menimpa. Di Kota Tinggi, kawasan permukaannya kebanyakkannya diliputi dengan konkrit-konrit, jalan-jalan raya yang menyebabkan air hujan tidak dapat ditelap oleh permukaan tanah dan ini adalah salah satu lagi punca berlakunya banjir di Kota Tinngi.
Cara-cara mengatasi banjir.
Pelbagai cara boleh dijalankan untik mengatasi banjir, antaranya ialah:
Menyediakan Sistem Perparitan
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini, air limpahan yang disebabkan hujan yang lebat dapat dialirkan dengan baik.
Projek Pendalaman Sungai
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.
Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.
Memelihara Hutan
Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.
Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.
Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.
Mengawal Aktiviti Manusia
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.
Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.
No comments:
Post a Comment