Tuesday, September 18, 2007

PROPOSAL PERTAMA



UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN 2007


SKAD 2063 URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR

TAJUK:

KESAN BANJIR TERHADAP PERNIGAAN KECIL-KECILAN PENDUDUK SETEMPAT
PENSYARAH:PROF. MADYA DR HAMZAH JUSOH


AHLI KUMPULAN:

MOHD NASIR B. NASIP (A 112790)

MOHD IMRAN NAIM B. MUSA (A 112209)

NORSIRAH BT ABD MUTALIB (A 112966 )

NOORUL HASNIDA BT HAMDAN (A 112173 )

1. PENDAHULUAN


1.1 PENGENALAN

Pada tanggal 19 Disember 2006 yang lalu, satu banjir yang buruk telah melanda negeri Johor. Kejadian banjir tersebut berlarutan selama dua bulan iaitu sehingga bulan Januari.Oleh yang demikian, kami sekumpulan iaitu seramai 4 orang, melakukan satu kerja lapangan yang dijalankan selama tiga hari iaitu mulai 31 Ogos 2007 sehingga 3 September 2007 untuk mengkaji impak bencana tersebut. Walaubagaimana pun , sebelum itu ketua kumpulan kami telah pun melakukan satu tinjauan awal pada 3 Ogos 2007 yang lalu. Hasilnya dari tinjauan tersebut, kami sekumpulan telah bersetuju mengkhususkan lagi tajuk yang ingin kami kaji iaitu kesan banjir terhadap perniagaan kecil-kecilan penduduk setempat.



1.2 OBJEKTIF
1.2.1 Mengenal pasti jenis perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan penduduk setempat.

1.2.2 Mengenal pasti berapakah kerugian yang ditanggung oleh para peniaga.


1.2.3 Mengenal pasti apakah bentuk bantuan yang diperlukan oleh para peniaga untuk membaik pulih perniagaan.


1.2.4 Melihat apakah peranan pihak pentadbir tempatan dalam membantu memulihkan pendapatan para peniaga.


1.2.5 Mengenal pasti badan-badan yang terlibat dalam memberikan bantuan kepada para peniaga


2. PROSEDUR


2.1 Metodologi penyelidikan

Cara pengumpulan data yang kami pilih ialah kaedah :
PermerhatianBorang soal-selidik
Temu bual
Borang soal-selidik yang kami berikan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A untuk data demografi responden dan bahagian B untuk soalan berkenaan tajuk kajian kami. Mengikut pada kaedah pencarian data, kami akan lakukan penyelidikan tersebut di Kampung Tembiuh.

2.2 Jenis metodologi

Kami bercadang untuk memberikan 10 borang soal-selidik kepada para peniaga di Kampung Tembiuh. Melakukan pemerhatikan sebanyak mungkin berkenaan perubahan yang berlaku di sekeliling kempung tersebut. Selain itu, melakukan temubual beberapa penduduk tentang pandangan mereka terhadap potensi serta keadaan perniagaan di dalam kampung tersebut.

No comments: