Sunday, September 30, 2007

Dasar kerajaan untuk mencapai 70 juta penduduk

Pada akhir tahun l980an, kerajaan Malaysia menggalakkan pertumbuhan penduduk mencapai 70 juta menjelan abad ke 21.

Matlamat usaha ini untuk memenuhi keperluan tenaga kerja pada tahun 2020.

Memberikan potongan cukai pendapatan tanggungan sehingga anak kelima.

Memberikan cuti bersalin untuk pekerja dalam sektor awam sehingga anak kelima.

Mengenakan kadar bayaran yang lebih rendah untuk wanita bersalin.

Memberikan cuti khas kepada pekerja ketika isteri bersalin.

Menggalakkan majikan menyediakan tempat penjagaan anak berhampiran dengan tempat kerja untuk kemudahan wanita yang bekerja.




JENIS-JENIS MIGRASI DALAMAN di MALAYSIA

1. Migrasi dari luar bandar ke luar bandar

§ juga dikenal sebagai migrasi antara desa .

§ berlaku antara negeri ataupun dalam negeri dan semakin banyak berlaku di Malaysia.

§ digalakkan oleh rancangan pembangunan tanah kerajaan seperti UDA, KEJORA, dan KETENGAH.

§ kawasan luar Bandar ini dibuka untuk tujuan pertanian.

§ migran yang terlibat terdiri dari kawasan luar bandar yang kurang maju dan kadar pengangguran tinggi.

§ rancangan pembukaan tanah bertujuan membasmi kemiskinan dan untuk mengimbangkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

§ FELDA - memajukan 262 000 hektar tanah pertanian di Pahang, Jengka Tiga Segi dan Pahang Tenggara dibuka tanah untuk ladang getah dan kelapa sawit .

§ FELDA membuka tanah di Johor Tenggara, Kelantan Selatan dan Terengganu dan menyediakan kemudahan kediaman dan infrastruktur .


2.Migrasi dari bandar ke bandar


§ juga dikenal sebagai migrasi antara Bandar.

§ berlaku dengan pesat antara tahun 1987 hingga 1990.

§ terdiri daripada tiga jenis migrasi, iaitu:

a)pertama, migrasi dari bandar kecil ke bandar yang sederhana besar seperti dari Mentakab ke Kuantan

b)Kedua, migrasi dari bandar yang sederhana besar ke bandar yang lebih besar seperti dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

c)Ketiga, migrisi dari bandar besar ke bandar kecil seperti dari Kota Kinabalu ke Semporna.

§ migrasi bandar berlaku kerana terdapat perkembangan industri perkilangan, contoh dari George Town, Bukit Mertajam, dan Sungai Petani ke Seberang Prai.

§ pekerja ikhtisas, pekerja teknik, kerani, dan pekerja kilang yang menukar pekerjaan, peniaga dan pekedai berhijrah untuk mendapat lebih untung dan pelajar berhijrah melanjutkan pelajaran.

§ kesan-kesan migrasi bandar ke bandar menyebabkan pertambahan dan kepadatan penduduk di bandar-bandar yang menerima migran jumlah penduduk berkurang dan kepadatan Penduduk menurun di bandar-bandar asal dan infrastruktur dan perumahan di bandar yang menerima migran berkembang.


3.Migrasi dari bandar ke luar bandar

§ juga dikenal sebagai migrasi bandar-desa.

§ Di semenanjung Malaysia, sebanyak 130 778 orang penduduk yang berpindah dari bandar ke luar bandar dalam tahun 1988. Contohnya negeri Kedah (41.2%), Melaka (39.1%); Pulau Pinang (39.3%); Selangor (26.5%).

§ faktor-faktor menyebabkan migrasi jenis ini:

I.bersara di kampung halaman untuk bersama keluarga.

II.menukar pekerjaan disebabkan dipindahkan oleh majikan.

III.mengikut keluarga yang pindah ke luar Bandar.

IV.menikmati hidup yang lebih bersih, selesa, dan nyaman.

V.kesan-kesan migrasi dari bandar ke luar Bandar dapat mengurangkan kesesakan di bandar pertambahan penduduk di luar Bandar.

Thursday, September 27, 2007

Banjir di Kota Tinggi.

Kejadian banjir merupakan malapetaka atau bencana alam yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat tanpa henti dalam masa beberapa hari. Pada tanggal 19 Disember 2006 yang lalu, satu banjir yang buruk telah melanda negeri Johor. Kejadian banjir tersebut berlarutan selama dua bulan iaitu sehingga bulan Januari. Di antara daerah yang paling teruk dilanda banjir di Johor adalah Kota Tinggi. Kota Tinggi telah ditenggelami air sebanyak tiga kaki pada bajir pertama iaitu pada 19 Disember 2006 dan banjir kedua pada 11 Januari 2007. Kejadian banjir ini adalah sejarah hitam bagi penduduknya kerana banyak kemusnahan harta benda, ternakan, dan pertanian turut musnah ditenggelami air. Banjir ini berlaku disebabkan oleh sistem perparitan yang sempit dan pembangunan yang tidak terancang dengan betul. Kejadian banjir ini juga berlaku disebabkan oleh kegiatan manusia yang mementingkan keuntungngan semata-mata tanpa memikirkan bahana yang akan menimpa. Di Kota Tinggi, kawasan permukaannya kebanyakkannya diliputi dengan konkrit-konrit, jalan-jalan raya yang menyebabkan air hujan tidak dapat ditelap oleh permukaan tanah dan ini adalah salah satu lagi punca berlakunya banjir di Kota Tinngi.


Cara-cara mengatasi banjir.

Pelbagai cara boleh dijalankan untik mengatasi banjir, antaranya ialah:

Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini, air limpahan yang disebabkan hujan yang lebat dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.

Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

Tuesday, September 18, 2007

BORANG KAJISELIDIK TENTANG KESAN BANJIR TERHADAP


Bahagian A

Bulatkan jawapan anda. Sila pilih hanya satu jawapan.

a) Umur

20 - 24 tahun
25 - 29 tahun

30 - 35 tahun

35 - 40 tahun

40 tahun dan ke bawah

b) Bangsa

Malayu
Cina

India

Lain - lain

c) Jantina:

Lelaki

Perempuan

d) Status

Bujang

Berkahwin

Lain -lain

e) Pendapatan bulanan

RM 5,000 ke bawah

RM 4,000 - RM 4,999

RM 3,000 - RM 3,999

RM 2,000 - RM 2,999

RM 1,000 - RM 1,999

Di bawah RM 999

f) Tahap pendidikan

Sekolah rendah

Sekolah menengah

Vokasional

Universiti / kolej

Bahagian B
Tandakan ( √ ) pada kotak yang berkaitan

1) Apakah jenis perniagaan yang diusahakan ?

Perniagaan runcit

Restoran makanan

Gerai jualan

Lain - lain

2) Bagaimanakah kadar jualan perniagaan setelah banjir berlaku ?

Amat

baik

Baik

Memuaskan

Kurang memuaskan

3) Berapakah anggaran pendapatan dalam sebulan sebelum banjir berlaku ?

RM 5,000 ke bawah

RM 4,000 - RM 4,999

RM 3,000 - RM 3,999

RM 2,000 - RM 2,999

Kurang daripada RM 1,000

4) Berapakah anggaran pendapatan dalam sebulan selepas banjir berlaku ?

RM 5,000 ke bawah

RM 4,000 - RM 4,999

RM 3,000 - RM 3,999

RM 2,000 - RM 2,999

RM 1,000 ke atas

5) Apakah anggaran modal yang diperlukan untuk membaik pulih kembali perniagaan ?

RM 15,000 ke bawah

RM 13,000 - RM 10,000

RM 8,000 - RM 5,000

Kurang daripada RM 1,000

6) Apakah jenis-jenis bantuan yang perlu diberikan untuk memperbaiki perniagaan ?

Modal ( kewangan )

Peralatan ( mesin, rak, perkakas pembuatan, perabot dan lain - lain )

Bahan mentah ( gula, garam, barangan runcit, dan lain - lain. )

Lain - lain

7) Siapakah orang atau organisasi yang telah memberikan sumbangan untukmembaik pulih perniagaan ?

Pihak kerajaan

Perbankan

Badan Bukan Kerajaan

Orang perseorangan

Lain - lain

8) Adakah bantuan yang dihulurkan bagi memperbaiki perniagaan ini mencukupi ?

Ya

Tidak
Jika tidak, sila nyatakan kenapa

9) Berapa lamakah anggaran masa yang perlu untuk memperbaiki perniagaan

seperti sedia kala ?

Sebulan

Lima bulan

Setahun

Lebih dari satu tahun

PROPOSAL PERTAMA



UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN 2007


SKAD 2063 URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR

TAJUK:

KESAN BANJIR TERHADAP PERNIGAAN KECIL-KECILAN PENDUDUK SETEMPAT
PENSYARAH:PROF. MADYA DR HAMZAH JUSOH


AHLI KUMPULAN:

MOHD NASIR B. NASIP (A 112790)

MOHD IMRAN NAIM B. MUSA (A 112209)

NORSIRAH BT ABD MUTALIB (A 112966 )

NOORUL HASNIDA BT HAMDAN (A 112173 )

1. PENDAHULUAN


1.1 PENGENALAN

Pada tanggal 19 Disember 2006 yang lalu, satu banjir yang buruk telah melanda negeri Johor. Kejadian banjir tersebut berlarutan selama dua bulan iaitu sehingga bulan Januari.Oleh yang demikian, kami sekumpulan iaitu seramai 4 orang, melakukan satu kerja lapangan yang dijalankan selama tiga hari iaitu mulai 31 Ogos 2007 sehingga 3 September 2007 untuk mengkaji impak bencana tersebut. Walaubagaimana pun , sebelum itu ketua kumpulan kami telah pun melakukan satu tinjauan awal pada 3 Ogos 2007 yang lalu. Hasilnya dari tinjauan tersebut, kami sekumpulan telah bersetuju mengkhususkan lagi tajuk yang ingin kami kaji iaitu kesan banjir terhadap perniagaan kecil-kecilan penduduk setempat.



1.2 OBJEKTIF
1.2.1 Mengenal pasti jenis perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan penduduk setempat.

1.2.2 Mengenal pasti berapakah kerugian yang ditanggung oleh para peniaga.


1.2.3 Mengenal pasti apakah bentuk bantuan yang diperlukan oleh para peniaga untuk membaik pulih perniagaan.


1.2.4 Melihat apakah peranan pihak pentadbir tempatan dalam membantu memulihkan pendapatan para peniaga.


1.2.5 Mengenal pasti badan-badan yang terlibat dalam memberikan bantuan kepada para peniaga


2. PROSEDUR


2.1 Metodologi penyelidikan

Cara pengumpulan data yang kami pilih ialah kaedah :
PermerhatianBorang soal-selidik
Temu bual
Borang soal-selidik yang kami berikan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A untuk data demografi responden dan bahagian B untuk soalan berkenaan tajuk kajian kami. Mengikut pada kaedah pencarian data, kami akan lakukan penyelidikan tersebut di Kampung Tembiuh.

2.2 Jenis metodologi

Kami bercadang untuk memberikan 10 borang soal-selidik kepada para peniaga di Kampung Tembiuh. Melakukan pemerhatikan sebanyak mungkin berkenaan perubahan yang berlaku di sekeliling kempung tersebut. Selain itu, melakukan temubual beberapa penduduk tentang pandangan mereka terhadap potensi serta keadaan perniagaan di dalam kampung tersebut.

Saturday, September 8, 2007

KOTA TINGGI.....














Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang Asli di daerah ini.

Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Sekiranya anda menyukai kehijauan hutan, Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain daripada itu, sekiranya ingin melakukan aktiviti pendakian, Gunung Panti dan Gunung Muntahak boleh menjadi medan pertarungan. Pantai-pantai yang indah juga menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati ialah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili. Jangan lupa berkunjung ke perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi yang unik di seluruh dunia.