Pengenalan
Bandar merupakan pentas pembangunan negara yang paling terkait dengan proses globalisasi. Samada proses globalisasi itu terhasil daripada penaklukan dan kolonialisme atau daripada penerokaan pelaburan dan pasaran, bandar merupakan perantara utama antara dunia tempatan dan luaran. Dalam beberapa dasawarsa mutakhir kedua-dua ruang tersebut semakin mengecil disebabkan oleh kepantasan aliran maklumat. Kini tiada satu negara pun yang boleh terus kekal bersendirian untuk tumbuh maju. Pengecilan dunia kerana peningkatan ketersampaian itu meningkatkan pula kebergantungan antara negara-negara. Satu proses yang
Bermula dari pembahagian kerja baru itu proses-proses yang berkaitan turut mempengaruhi negara-negara membangun. Kesemua proses itu sudah mula membawa perubahan kepada negara membangun baik dalam bentuk fizikal mahupun dalam bentuk ekonomi, sosial dan politik. Sangga utama pembangunan yang menggarap dunia sebagai ruangnya ialah struktur bandar sesebuah negara. Malahan, ada yang menghujahkan bahawa hubungan ekonomi dunia itu terkait antara bandar-bandar dunia dan bukannya antara negara (Jacobs, 1985). Pendapat sedemikian meminta kepada penelitian semula peranan bandar dan pembandaran sekiranya