
Daerah Johor Bahru merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan banjir yang melanda dengan membabitkan 3,741 orang daripada 561 keluarga yang terpaksa dipindahkan di 35 pusat pemindahan.Johor biasanya menerima purata taburan hujan sebanyak 2,500 milimeter setahun. Walaubagaimanapun, dalam tempoh 24 jam tahun kejadian banjir yang lalu, di daerah Johor Bahru sahaja telah mencatatkan purata hujan sebanyak 400 milimeter dan Segamat 350 milimeter. Ini adalah fenomena luar biasa kerana air sungai di kebanyakan daerah di Johor telah melimpah dari tebing antaranya di Sungai Segamat dan Sungai Lenek Chaah di Segamat, Sungai Mengkibol di Kluang dan Sungai Skudai di sini.Tiga kawasan yang paling teruk dilanda banjir di Johor Bahru ialah di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal di Kempas di mana ada antara kawasan terbabit dinaiki air sedalam 8.5 meter.